Discover the Amazing World of Marketplaces: The One-Stop Shop for All Your Shopping Needs!
The primary distinction between a marketplace and an eCommerce website is that an eCommerce website sells goods from a single...
19hb February 2024, Sungai Buloh - Kenlah telah dijemput oleh En. Prakash dari Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) untuk berbincang bersama ahli jawatankuasa Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK) untuk memajukan pemasaran perniagaan golongan orang kurang upaya (OKU) di dunia digital.
PDK adalah sebuah inisiatif yang bertujuan untuk melatih dan membimbing golongan OKU untuk hidup berdikari dan mahir dalam sebuah kemahiran tersendiri seperti memasak, menjahit, mewarna, bertukang, bertanam dan lain-lain.
Kebanyakan produk dihasilkan oleh golongan OKU di PDK adalah produk buatan tangan atau "homemade" seperti bakul anyaman, perhiasan, alatan jahitan, anyaman tikar dan lain-lain. Kenlah dengan kerjasama En. Prakash dan PDK sekarang ingin membangunkan sebuah platform pasaran khusus dimana produk-produk OKU ini boleh dipasarkan dan dijual di dunia digital.
Kenlah harap dengan pembangunan ini, produk-produk ini boleh meluaskan demografik pembeli dan hasil pulangan kepada golongan orang OKU. Mereka sangat kreatif dan hasil kerja mereka sangatlah cantik dan produk seperti bantal dan tikar sangat lembut di tangan.
Kenlah secara peribadi, rasa produk OKU ini ada peluang besar untuk jual di pasaran yang lebih luas dari sekarang. Kami harap dengan kerjasama antara Kenlah dengan En. Prakash dan PPDK, apa yang kami bangunkan dapat memajukan golongan OKU di dunia digital.
Ini juga bukan kali pertama kami berjumpa dengan PDK. Tahun lepas, kami juga telah dijemput untuk meraikan orang-orang golongan OKU di Program Cakna Komuniti. Di program ini, kami menyambut bakat kanak-kanak OKU dengan persembahan mereka, motivasi dan kelas pendek untuk ibu-bapa kepada anak-anak OKU dan pelbagai lagi program. Program ini mengajar Kenlah, yang bukan sahaja golongan OKU memerlukan sokongan yang berterusan malah golongan-golongan yang menguruskan kanak-kanak OKU seperti ibubapa, penjaga dan tenaga pengajar.
Kenlah sangat serius untuk membantu golongan OKU untuk maju di pasaran digital. Kenlah mendoakan agar inisiatif ini berjalan lancar dan hubungan kami dengan pihak JKM dan PDK akan kekal utuh sampai bila-bila.
Kenlah sangat serius untuk membantu golongan OKU untuk maju di pasaran digital.
Post Your Comments