Want to Boost Your Business? Here are 5 Proven Ways Digital Marketing Can Help You Skyrocket Your Sales and Reach!
Digital marketing has become an essential tool for businesses of all sizes looking to reach new customers, increase sales, and...
Sabtu, 13 Julai, Shah Alam - Kini Kenlah sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan Kenlah Bazaar, platform kami yang dijangkakan akan siap tak lama lagi. Salah satu inisiatif untuk penjual Kenlah Bazaar bersedia untuk menjual adalah dengan membuat sesi latihan untuk mereka. Penjual yang kami maksudkan terdiri dari pelbagai cabang Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Shah Alam.
Program ini dipanggil Program Latihan DIgital Bazaar OK-4-U. Kenlah memulakan sesi dengan 'ice-breaking' dan pengenalan apa itu Kenlah memandangkan ramai ahli PDK yang baru sahaja bertemu kami.
Secara ringkasnya, Kenlah mengenalkan Kenlah Bazaar kepada ahli-ahli PDK. Dari segi penggunaan, pendaftaran, memasukkan produk, mendaftar masuk produk dan macam-macam lagi.
Kenlah sendiri nampak potensi penjual dan produk yang akan dijual di platform kami. Sebagai contoh, Rotism yang menjual roti dibuat oleh insan autistik. Selain itu, kami tidak sabar untuk lihat kuih-kuih dan barang kraf tangan dari insan-insan istimewa di bawah PDK masuk dalam platform kami
.Sesi kami diakhiri dengan pemberian hadian dan beberapa ucapan dari pelbagai pihak seperti pengarah kami, En. Rahman, setiausaha program, En. Prakash dan lain-lain. Kami berharap hubungan kami akan kekal utuh dan sama-sama memajukan Kenlah Bazaar.
Post Your Comments