Mei 18, 2024 - Pihak Kenlah telah mengadakan lawatan ke kebun Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU), Kebun ini diurus dibawah Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Pihak Kenlah telah dijemput oleh Encik Prakash, seorang pegawai tinggi PDK yang telah kami kenal lama.
Lawatan ke kebun ini dilakukan dengan beberapa objektif. Pertama, menjalankan aktiviti bergotong-royong bersama pihak PDK bersama-sama sukarelawan lain. Kedua, untuk mengukuhkan hubungan dengan PDK. Ketiga, menjalinkan hubungan baru bersama sukarelawan-sukarelawan yang terlibat dengan program gotong-royong ini. Keempat, mengenal pasti dan menyiasat apa penambah baikan dan projek baru yang boleh dilakukan bersama PDK.
Kebun ini didirikan oleh PDK dan ditaja oleh pihak kerajaan. Encik Prakash bersama anggota-anggota lain telah menggunakan kebun ini untuk membantu komuniti dari pelbagai latar belakang. Seperti orang kurang upaya (OKU), remaja bermasaalah dan Mahkamah Sesyen Malaysia.
Ramai pemuda OKU menikmati kelebihan kebun ini dari segi pembelajaran dan pembiayaan untuk mereka. Dengan kebun ini mereka belajar untuk tanam dan tumbuh pelbagai tumbuhan yang mempunyai keperluan berbeza. Ini mengasah kemahiran mereka dan mengajar mereka untuk berdikari. Kebun ini juga ditubuhkan atas tujuan membiaya pemuda-pemuda OKU. Pemuda OKU ini secara rasmi dilantik sebagai pembantu kebun jadi mereka dibayar upah dan mendapat bantuan duit yang diberi kerajaan kepada OKU yang bekerja. Hasil dari kebun ini seperti bunga Roselle, tembikai, kacang panjang, dan lain-lain dijual dan hasil jualan itu diberi kepada OKU bawah PDK ini. Menurut En. Prakash, air Roselle yang diperbuat daripada bunga Roselle disini adalah jualan paling laris.
Remaja bermasaalah dan Mahkamah juga turut menikmati kelebihan kebun ini. Remaja bermasaalah disini merujuk kepada remaja yang mempunyai kes yang telah dihadapkan ke Mahkamah dan dijatuhkan hukuman untuk membuat servis komuniti. Daripada dihantar ke pusat pemulihan atau pusat juvana, mereka dihantar ke sini untuk berbakti kepada komuniti setempat dan OKU. Kenlah berharap mereka belajar untuk dilembutkan hati dan mendedahkan mereka kepada dunia yang masih menaruh harapan terhadap mereka.
Kenlah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Prakash kerana sudi menjemput. Kenlah berharap hubungan kami dengan JPOKU dan PDK menjadi lebih kuat di masa akan datang. Kepada sesiapa yang ingin menyumbang atau berkongsi ilmu kebun atau pertanian boleh hubungi kami dan kami akan menolong untuk menghubungkan anda dengan Encik Prakash.
Kenlah berharap hubungan kami dengan JPOKU dan PDK menjadi lebih kuat di masa akan datang.
Post Your Comments