Ahad, 23 Jun, Subang - Kenlah telah dijemput sebagai tetamu kehormat di Majlis Perasmian Projek Kebun Komuniti Perintis Hijau Anak-Anak Istimewa PPDK Sinar Harapan. Majlis ini bertujuan merasmikan kebun komuniti yang dibangunkan oleh PPDK Sinar Harapan. Kebun ini akan digunakan untuk melatih dan memberi kerja kepada golongan istimewa, dewasa dan kanak-kanak. Selain itu, kebun ini juga menjadi tapak untuk pesalah-pesalah yang telah didakwa untuk menjalankan servis komuniti.



Seawal pagi, kami telah hadir ke kebun dan menunggu ketibaan VVIP. Y.B Senator Tuan Isaiah D Jacob telah dijemput untuk merasmikan program ini. Sejurus beliau sampai, lawatan ke tanaman-tanaman di dalam kebun dilakukan. Tanaman seperti Roselle, kacang panjang, tembikai dan lain-lain. 


Selepas itu upacara potong tembikai dan tanam rambutan dilakukan sebagai tanda permulaan majlis. Selesai sahaja upacara ini, pelbagai ucapan diberikan oleh pelbagai pihak termasuk Kenlah. Kami mendapat peluang untuk mengenalkan diri kami dan juga mempersembahkan sedikit "teaser" untuk produk kami seterusnya 'Kenlah Bazaar' yang akan dijalankan bersama PPDK Sinar Harapan untuk menjual barang-barang OKU di dunia digital. 



Selesai ucapan dan penerangan, pentas diberikan ke YB Senator Isaiah untuk berucap seterusnya merasmikan program ini. YB Senator kemudian dijemput memberi hadiah kepada tetamu dan juga golongan istimewa yang hadir. 



Habis hadiah diberi, VVIP kemudian melawat pameran yang telah didirikan sekitar kebun dan menemu ramah golongan istimewa yang menjaga pameran dan kebun ini. 




Program ini ditutup dengan persembahan daripada golongan istimewa yang sangat berbakat dalam menyanyi, adik Danial. Nyanyiannya yang mantap dan nyaring memeriahkan suasana dan menghiburkan semua tetamu yang hadir.


 

mempersembahkan sedikit "teaser" untuk produk kami seterusnya 'Kenlah Bazaar' yang akan dijalankan bersama PPDK Sinar Harapan untuk menjual barang-barang OKU di dunia digital.

Tags:

Post Your Comments